Dendeng Nyet Berapi By Khairul Aming
Tiga tahun yang lepas, kami menghasilkan Sambal Nyet Berapi dan sambutan yang diterima amat luar biasa. Hasil daripada sokongan anda, perniagaan kami berkembang kepada dua buah kilang di Kelantan bersama dengan 100 orang kakitangan. Kini kami ingin memperkenalkan Dendeng Nyet Berapi sebagai produk kedua yang diharapkan dapat melengkapi juadah anda di rumah. Selamat menjamu selera.
Cadangan hidangan : Daging dendeng ini sedia untuk dimakan. Sebaiknya rendam pek dendeng ini di dalam air panas selama beberapa minit sebelum dibuka untuk aroma yang lebih wangi dan rasa yang sedap. Sesuai untuk dimakan bersama dengan sajian lain seperti nasi, roti, ketupat, dan lain-lain.
Ramuan : Daging, kicap, bawang merah, bawang putih, minyak masak, serai, halia, pes cili, asam jawa, garam, daun limau purut dan MSG. Kaedah penyimpanan : Simpan di dalam peti sejuk setelah dibuka. Maklumat nutrisi: Untuk maklumat nutrisi, sila rujuk kepada gambar produk di atas.
RM14.99